BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 22

Menjenguk Aki


anak2 nak salam ngan 'uncle muthu' kihkihkih
mmg lekat lah title tu kat abgde

Last wiken kami balik Pahang lagi
menjenguk ayah, abang2, kak ipar, mija
alhamdulilah semorang sihat. meneruskan kehidupan seperti biasa
but seriously terasa something missing
terasa sedikit sunyi tanpa suara arwah mak :-(
paling paling terasa bila kat dapur lah
biasa balik, sure dia ada dok sama kat dapur
sembang2 sambil tgk anaknya ni memasak
ni xde dah :-(

syukur alhamdulilah lega hati tgk keadaan ayah
sihat. makan pon berselera.
katanya hari2 abgngah yang masak
sedap tak sedap dia telan je apa yg ada
lauk ayah simple je. ikan goreng ngan sayur

mija a bit kesian kat dia lah
tiap2 hari sebutkan nenek. rindu nenek katanya
bila wat nakal, kena marah
nangis2 nak nenek
aduhaiii luluh hati
tabahla ye sayang. 

petang ahad sblom balik singgah kubur dulu
sangat2 berterima kasih kpd cikgu anak2
Iskandar ngan Mya dah pandai baca Alfatihah
dapatlah dorang sedekah kan kat nenek.... 


rezeki kami balik kali ni
durian ayah kat ladang dah gugur
pastu jiran umah sebelah bagi buah manggis
hubby up pics ni kat FB
dan dan tu jugak abgnya call mintak bwk balik utk dorang
rezeki dorang lah. mlm td terus singgah hantar buah
seronok sangat dorang dpt durian fresh
alhamdulilah pahala ayah dipanjangkan
bg semua merasa
insyaallah panjang umur ada rezeki thn dpn kalo buahnya lebat
bleh la bwk family BIL ni balik kg sekali
coz dorang excited nk merasa kan pengalaman mengutip buah kat dusun


my other half
pueh hati dpt makan durian sedap cenggini
terima kasih ayah
hasil berbudi kpd tanah bak kata orang

time nk balik smlm xde drama air mata dah
Iskandar poyo lah sangat
"momy tak nangis ker?" amboii
insyaallah next plan balik kampung time raya haji pulak
ok gtg. nk google resepi serunding ikan
utk santapan ayah time raya nanti
dia kan xleh mkn daging, ayam, seafood
am promise to myself akan buat yg terbaik utk ayah
bahagiakan dia selagi ada hayatnya

Friday, August 19

Mak Dah Takde

sambungan.....

11 Ogos 2016 - dalam kol 3pg, mak ketuk lantai. bingkas bangun tanya kenapa. mak mintak baju.sejuk ke mak? ok pakaikan baju dan selimutkan dia.masa nk pakai kan baju dia tunjuk atas.ah sudah mak ni nampak hantu ke apa.takuttt.cecepat ajak mak tido.*agaknya masa tu malaikat dah dtg.mak mintak baju sbb malu hanya berkemban ngan kain batik je. langsung tak pikir apa. siyes mmg menyangka ada iblis/hantu mengacau mak jer. dan langsung tak teringat nak baca yasin ke apa. coz bdn dh terlalu penat, ngantuk sangat.pi sambung tido.aduyaiiii sesalnya. kalau lah.....

6.30pg terjaga. dengar bunyi motor. Mie pegi keje la tuh. tgk mak mengiring ke belah sana.hurmm lena dia tido.ayah pon sedap tido kat sofa.biasa kol 6 dh bangun subuh.then abgngah naik pi tengok mak.once abg pegang je mak, "mak xde dah dik"saya yg mendengar tu terus terkam mak.meraung macam org giler dah.pastu kejutkan ayah ngan mya. abgngah ngan ayah tenang jer terima kenyataan tu. tp saya? Allahuakbar menangis2 suruh mak bangun. suruh ayah cari nadi mak.macam org sasau. mak tenang setenangnya macam tengah tido."mak bangunlah, adik tak puas jaga mak lagi. bangunlah mak jgn wat camni. makkkkk"
ayah cuba sabarkan saya. berpelukan ngan ayah ngan mya pon dh nangis2. pastu capai tefon, terus call hubby. pastu jiran2 dah mula datang umah. kejut Iskandar, mandikan anak2 dan diri sendiri. kemas tempat tido semua. call ambulans utk wat pengesahan.
abg call sedara mara. saya cari dlm tefon nombo sedara mara, buntu. masih lg rasa tak percaya dgn apa yg berlaku. mengharap keajaiban mak bangun. mustahil lah.
once ambulan dtg, bdk pembantu perubatan tu check mak dan confirm dia dah xde. Allahuakbarr sesungguhnya ku terima ketentuan ni Ya Allah.

then sy dibawa jiran pegi balai polis wat report. setel urusan dgn balai, dorang dh ready nak mandikan mak. sy mintak izin utk sama2 mandikan dia. mmg betul lah hr ni nak mandikan mak. tp ini mandi terakhir dia. pastu masa mengafan saya tak sanggup nk tgk. call hubby to make sure dia sempat sampai. then ada sket kecoh bila dorang dh nak ikat kafan bahagian kepala mak. saya berkeras suruh tunggu sehingga hubby, pakcik ngan makcik saya sampai. kekuatan dari mana yg sy dpt utk jadi tegas masa tu xtau lah. tp mmg saya marah sangat ngan dorang yg seakan tak sabar2 nak simpan mak. padahal kubur pon tak siap gali lagi. ayah dah kata, kebumi lepas zohor.sy xnak ada yg terkilan xdpt tgk wajah mak buat kali terakhir.

alhamdulilah xlama lepas tu hubby sampai. pakcik, makcik dan sepupu2 rapat saya pon sampai. time tu org ramai td dh xde. semua dah balik. tinggal lah kami dgn sedara mara menunggu nk bawa jenazah ke masjid. sempat juga solatkan dia di rumah. then lepas zohor sekali lg solatkan kat masjid.

di kubur, urusan berjalan lancar dan tenang. masa talkin dibaca tiba2 mya ckp kat saya 'momy, skrg ni mya cuma ada sorang atok ngan sorang nenek jelah kan' Allahuakbar sayu nya. sy peluk mya dan nangis lagi. time balik, berat rasa kaki nk melangkah. xsanggup tinggalkan mak. berapa puluh kali sy menoleh ke belakang. sebolehnya nk tunggu situ sampai malam. delay kan kedatangan munkar dan nankir. Allahuakbar!!!
sedapkan hati, tadi mandikan mak bersih je kan. lembut je dia. dan muka mak pon putih bersih tersenyum je kan. cantikk sgt dia nak jumpa Allah.

part paling menyentuh perasaan saya, time ayah cium mak kali terakhir. kata2 ayah kpd mak sgt menusuk.'sy izinkan awk pergi, sy halalkan semuanya dan saya maafkan awk'.dan saya xterkira berapa banyak kali saya peluk cium mak. sepuasnya saya cium dia buat kali terakhir. pujuk Iskandar yg mulanya takut nak cium. 'plz dik, ni last.pasni kita dh xdpt jumpa nenek xdpt cium nenek'.dgn rela dia cium. Mija ngan Mya pon sama.

Ya Allah terima kasih kerana beri kesempatan kpd ku utk berada di samping mak di akhir hayatnya. Ku bersyukur, walaupun cuma sehari dapat jaga dia, Ku dpt bahagiakan dia di saat2 akhirnya. mmg betul mak tak menyusahkan anaknya yg ni. sangatt tak menyusahkan...
Tenanglah mak di sana. Adik akan selalu doa utk mak. Moga kita jumpa lagi di syurga...

Alfatihah

Thursday, August 18

Perginya Takkan Kembali

Alfatihah. Norbayah Binti Md Tahir. 24 Ogos 1938 - 11 Ogos 2016

Hari ni genaplah seminggu mak meninggalkan kami. rasa macam mimpi. cepatnya masa berlalu. Di sini saya ingin mengabadikan kisah pengakhiran arwah ibu. Berat hati nak menaip. Tapi saya cuba ceritakan kisahnya. Hari2 terakhir ibuku.

Kronologi:

Isnin 8 Ogos 2016 - malam tu kakak ipar misscall. cuak dah. cepat2 call balik. katanya keadaan mak semakin membimbangkan. baru kuar spital siang tadi.eh bila mak warded? sabtu? kenapa tak bgtau?boleh kami balik tgk mak. wiken kan. 'jgn bgtau adik.mak xnak menyusahkan'. itu lah ayat yg sentiasa diungkap tiapkali mak warded. aduyaii.demi mak, apa saje sanggup diharungi lah.
time2 tu jgk rasa nk terbang balik ke gelanggi. andai kupunya sayap.
then bincang2 ngan hubby. nk balik esok jugak ke camne ni? rasa mcm serabut sgt. ngan hubby yg dh xde cuti nya. ngan keje sendiri yg xsempat siap siang td nya. ok camni la. esok pi keje dulu. apply cuti sampai hari jumaat. setelkan keje2 semua. dah tu pi stesen bas, carik tiket balik pahang utk hr rabu.

Selasa 9 Ogos 2016 - at opis. apply cuti 3hari. bg 2nd bos sign borang.setel. part nk bgtau para dayang2 pengganti PA yg sakit jiwa sket.yg memahami alhamdulilah dgn rela hati sign. tak kurang jugak buat muka bengang mcm terpaksa.'maaflah susahkan awk, tp sy cuti lama2 ni coz nk balik kg jaga mak sy sakit'. dan ada jugak yg komplen sy cuti lama. "sy tak kira kak, keje2 sy kat opis ni utk 3hr sy serahkan kpd korang setelkan. xnak pikiq dah. skrg sy nk balik jaga mak je".titik.
Lunch time pegi cari tiket bas kat seksyen 13. alhamdulilah dpt. bas paling awal pagi esok jam 9pg.

Rabu 10 Ogos 2016 - pagi2 hubby dh hantar kami ke stesen bas. call abgde bgtau dh gerak. estimate time akan sampai ke Bdr Jengka dalam kol 12lebih. mintak dia dtg amek ktowang kat sana. Perjalanan lancar alahmdulilah. cuma masa bas berenti kat stesen Temerloh, Mya nak ke toilet. Iskandar tido time tu. suspen sungguh. rushing bwk mya ke toilet, tawakal tinggalkan Iskandar tido dlm bas tu. pesan kat passenger dpn, tolong tgk2 kan Iskandar. perasaan time tu xtau nk kata lah. bygkan kalo bas tinggalkan kami berdua. ngan Iskandar terpisah dr mak & kakak dia kt situ. huru hara weh. so to be safe, sy pegi cari driver bas tu dan pesan sendiri. mmg pastu brader tu tunggu kami kuar toilet baru dia sama2 pi naik bas. fuhh lega.
sampai kat Jengka abgde dah tunggu. ajak dia lunch dulu. pastu br gerak blk ke gelanggi.
Sampai je kat umah, nampak mak terbaring atas kerusi malasnya. tersangatttt kurus. beza sgt dgn masa kami blk raya aritu. Allahuakbar mak.sayu hati. mak dh xlarat nk bgn langsung.dgn bunyi napas mendengus kuat.sesak sgt gayanya.kaki bengkak.amek minyak, urutkan kaki dia.pastu ngadu panas. lap2 kan seluruh bdn dia ngan towel basah. 'nanti esok kita mandikan mak ye abgngah'. mak kata nk buang air, abg nk angkat dia bwk masok toilet. eh pampers mak kan ada kenapa tak pakai kan? mak xnak. so sy pujuk mak ajak pakai pampes. nak pon dia. tanya nk mkn bubur tak? nak nestum. dptla minum sikit. sedut guna straw. kekadang tak tersedut, sy suapkan kat dia. seteguk dua je boleh dia telan. sepanjang hari tu dia happy sangat.byk jugak dia bercakap.bila citer kan kisah uncle muthu dia tergelak.tgk perkembangan dia tu rasa mcm lega sket. sihat dah mak ni. alhamdulilah.

malam tu ayahngah sekeluarga datang. pastu makHas pon ada dtg jugak. dlm kol 11mlm tu terperasan 2ekor rama2 besar masuk ke rumah. oh petanda sedara mara lain nk dtg esok ni. coz abgngah dh inform adik2 mak.yg xsempat dtg hr ni, insyaallah dtg esok. mlm tu kol 1 br tetamu balik. ayahngah blk kuantan, makHas balik Kajang. kata ayahngah insyaallah hr jumaat dia akan dtg lg. Mya ngan Iskandar dh lama lena. tertido kat kepala nenek. memasing nk menghimpit dok kat momy yg menjaga kan nenek. biasanya mak tido atas sofa. tp mlm ni dia mintak bentangkan tilam kat hall. cian mak tido atas lantai je. xpelah esok ajak abg2 setting katil kat hall ni.selesa sket mak. so malam tu sy ngan anak2 tido sebelah mak. bentang toto jer.ayah pulak tido atas sofa dekat ngan ktowang. hari yg sgt memenatkan bg saya. sebelum tido, bg mak minum susu dulu. picit2 kan kaki ngan tangan dia. jari tgn mak sejuk je. hurmm darah xsampai ke situ agaknya. siyes mmg langsung tak terpikir langsung pada tanda2 petanda tu semua. terleka

........bersambung next entry


Tuesday, August 9

mak sakit

malam tadi mie call..serba salah nak bagitau keadaan mak.
mak baru discaj dari hospital.. dah warded sejak sabtu yg lepas.allahuakbar.
mmg langsung xde saper2 nk bagitau..am blame on myself jugak sbb tak call.
pasni akan pastikan sentiasa call dorang utk tanya kabar mak ayah.
am so regret. mujur belom terlewat. still have a chance to do that.

keadaan mak makin teruk. langsung xleh mkn or minum..semua dimuntahkan balik.
terbaring jer..mie kata dah terberak dlm kain..alahaiii
yup at this time mmg i need to be with her
mak tunggu ye esok adik balik. adik nk jaga mak
xpela keje2 ni semua adik ketepikan...mak tu yg penting
cucu2 mak pon ikut sama temankan dan jaga nenek nanti
mya kata dia rindu sgt ngan neneknya. asyikla balik kg nenek moksu je.
terpukul rasa.

tadi beli tiket bas. amek yg esok pagi. mujur hubby memahami
walaupun dia xleh cuti, dia mintak excuse kat bos nya masuk lewat sikit
sbb nk hantar ktorang ke stesen bas.
my mistake, tak penah nk ada effort utk amek tau stesen bas klang sentral kat mana
etlis kalo naik bas dr situ, xjauh sgt nk hantar ke shah alam ni

ok got to go..nk setelkan semua keje2 ni..coz start esok sampai jumaat dh nk cuti.
doakan mak cepat sembuh aminnn

Tuesday, August 2

MIL first time warded

last week on tuesday, mil warded kat HKL. batuk sesak nafas.
thgari tu pegi melawat dia. bwk anak2 sekali tp dorang xleh naik atas.
so gilir2 ngan hubby pi tgk mak. pastu blk ampang amek brg mak.late lunch skali.
ptg pi hospital semula. tgk mak lg. maghrib gerak balik umah. kol 10 br smpai. jammed teruk giler.

jumaat ptg mil discaj.
sabtu km blk ampang.
tghari sampai sana.
kak intan ngan abgjoe smpai dh ptg.
fmly abgnor balik ahad
family afiq tak balik. ada hal
fiza pon tak balik.
hurmmm
walaupun mil tak mintak anak2 balik tp masing2 kena la concern
bg perhatian lebih sket utk mak tu
org sakit, ubatnya anak2 di samping. bukan nya nk harapkan doktor semata

tp dengan kejadian gini
buatkan aku jadik stress dan down
mak sendiri sakit pon xdpt nk bg perhatian lebih
kan bagus kalo dpt selalu balik tgk dia
mmg la tiapkali dia masuk spital akan balik
tp still rasa mcm belum cukup bg perhatian kat dia
coz tak dpt nk jaga mak sepenuhnya

tambah lg bulan ni xdpt balik sbb xckup bajet
lg lah terasa being unfair to my own family
antara sbb bajet lari pon sbb ulang alik balik ampang tu jugak
duhhhhh. serba salah dibuatnya
tak bantu kang, suami sendiri. tp bila dah dibantu, dtg masalah pd diri sendiri pulak
redho ke aku berkorban ni? redho tp rasa berat
ntah la rasa mcm berkecamuk pikiran
sampai kan tak memasal marah laki marah anak2. gaduh ngan laki
stress ngan tension sgt ngan masalah duit nih
laki bukan nya xde effort utk upgrade financial
tp still tak cukup utk cover everything
jadiknya bini lah kena sacrify utk bantu laki